- Iklan -
Berita

Bekas pengarah JSJ Bukit Aman Zaman Khan meninggal dunia

Zaman pernah berkhidmat sebagai ketua polis Selangor dan menamatkan perkhidmatan pada 1997.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Zaman Khan Rahim Khan. Gambar: Bernama
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Zaman Khan Rahim Khan. Gambar: Bernama

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Zaman Khan Rahim Khan, 80, meninggal dunia di Institut Jantung Negara hari ini.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, bekas ketua polis negara Mohd Hanif Omar berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk solat jenazah dan dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Allahyarham antaranya pernah memegang jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman sekitar 1993 dan pernah mengendalikan kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) dan P. Kalimuthu atau Bentong Kali.

Zaman juga pernah berkhidmat sebagai ketua polis Selangor dari 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara pada 1997.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.