- Iklan -
Berita

Sarawak kekal rekod kes harian tertinggi dalam 18,547 jangkitan baru

Selangor catat kes harian kedua tertinggi sebanyak 2,407 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa temujanji di Stadium Bukit Jalil.
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa temujanji di Stadium Bukit Jalil.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 18,547 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,880,734 kes.

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 3,200 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,407 kes jangkitan.

Angka itu disusuli Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487), Kelantan (1,458), Perak (1,197), Terengganu (645), dan Kuala Lumpur (631).

Hanya Labuan (4) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 18,902 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,609,930.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 252,002 kes.

Dalam pada itu, 977 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 447 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 311 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 18,802.