- Iklan -
Berita

Liek Hou catat sejarah pemain badminton pertama menang emas Paralimpik

Pemain nombor dua dunia itu menewaskan Dheva Anrimusthi dari Indonesia.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Atlet badminton paralimpik negara Cheah Liek Hou meraikan kemenangan selepas menewaskan lawannya dari Indonesia Dheva Anrimusthi pada perlawanan akhir kategori SU5 (berdiri/ kemerosotan anggota badan atas) temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Yoyogi National Stadium hari ini.Cheah memenangi pingat emas dengan 21-17 dan 21-15.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARATOKYO, Sept 4 -- National Paralympic badminton athlete Cheah Liek Hou celebrates his victory after beating his Indonesian opponent Dheva Anrimusthi in the men's singles SU5 (physical impairment) category final of the Tokyo 2020 Paralympic Games at Yoyogi National Stadium today.Cheah won the gold medal with 21-17 and 21-15--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Juara dunia enam kali, Cheah Liek Hou menjadi pemenang pingat emas badminton yang pertama Sukan Paralimpik, selepas beliau menewaskan musuh utamanya Anrimusthi Dheva dari Indonesia pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) hari ini.

Badminton buat pertama kalinya dipertandingkan pada Sukan Paralimpik di Tokyo.

Pemain nombor dua dunia itu menewaskan Dheva pemain pilihan pertama Paralimpik 21-17, 21-15 pada hari keempat acara badminton yang berlangsung di Yoyogi National Stadium.

Pada set pertama, kesilapan yang dilakukan pemain nombor satu dunia itu membolehkan Liek Hou mendahului 5-0, sebelum pemain indonesia itu mengejar hingga ke kedudukan 8-5.