- Iklan -
Berita

59% populasi dewasa Malaysia lengkap vaksin dua dos

13,842,928 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menyuntik vaksin Covid-19 di PPV Selangor.
Petugas kesihatan menyuntik vaksin Covid-19 di PPV Selangor.

Sebanyak 42.4% populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,842,928 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian maklumat di laman Twitter rasmi, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, seramai 18,792,979 individu atau 57.5% sudah menerima dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 32,635,907 dos.

Menurut perkongsian maklumat itu, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 59.1% setakat semalam berbanding 58%, pada Isnin.

Dalam pada itu, vaksinasi harian semalam pula sekali lagi mencatat peningkatan kepada 423,380 dos berbanding 420,164 dos pada Isnin, dengan 261,994 daripadanya merupakan dos kedua dan baki 161,386 adalah dos pertama.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.