- Iklan -
Berita

Kabinet akan bincang rayuan doktor kontrak, kata PM

Perkara itu perlu dibincang dengan teliti memandangkan ia akan melibatkan kos yang tinggi iaitu lebih RM2 bilion kepada kerajaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri. Muhyiddin Yassin (tengah) mendengar penerangan daripada Pakar Kecemasan Dr Ahmad Tajuddin (dua, kanan) ketika meluangkan masa melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini.  Gambar: Bernama
Perdana Menteri. Muhyiddin Yassin (tengah) mendengar penerangan daripada Pakar Kecemasan Dr Ahmad Tajuddin (dua, kanan) ketika meluangkan masa melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berbincang dengan jemaah menteri berkenaan rayuan doktor-doktor kontrak yang mahu dilantik ke jawatan tetap dalam sektor perkhidmatan awam.

Beliau berkata perkara itu perlu dibincang dengan teliti memandangkan ia akan melibatkan kos yang tinggi iaitu lebih RM2 bilion kepada kerajaan.

“Ada rayuan daripada doktor-doktor kontrak, jadi kertas cadangan oleh kementerian kesihatan akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri.

“Kalau kita hendak (tunaikan permintaan) itu ia akan libatkan kos yang tinggi lebih dari RM2 bilion dalam keadaan sekarang ada keterbatasan sikit jadi kita tengoklah macam mana keadaan yang dapat kita atasi.

“Mereka meminta untuk dijadikan jawatan tetap dan sebagainya, ini saya minta untuk dibawa ke jemaah menteri kerana kita akan bincang apa keputusan yang munasabah,” katanya kepada kepada pemberita selepas melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang hari ini.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dilaporkan media sebelum ini berkata beliau meminta doktor kontrak agar bersabar sementara isu dihadapi mereka dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri.