- Iklan -
Berita

Sydney lanjutkan ‘lockdown’ bendung penularan varian Delta

Sejak penularan pandemik itu, Australia mengesan lebih 30,000 kes Covid-19 dan melaporkan 910 kematian.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Pekerja menyiapkan pek vaksin Pfizer di Sydney. Bandar utama Austalia itu meneruskan 'lockdown' dalam strategi tegas membendung varian Delta. Gambar: AP
Pekerja menyiapkan pek vaksin Pfizer di Sydney. Bandar utama Austalia itu meneruskan 'lockdown' dalam strategi tegas membendung varian Delta. Gambar: AP

Lebih lima juta penduduk Sydney akan menghabiskan sekurang-kurangnya seminggu lagi dalam sekatan pergerakan Covid-19, kata pihak berkuasa Australia selepas 27 kes baru dikesan.

Arahan duduk di rumah selama dua minggu telah dikuatkuasakan di bandar terbesar negara itu ketika pihak berkuasa menjalankan usaha membendung penularan ancaman varian Delta.

Pihak berkuasa berkata, setakat ini wujud perkembangan baik berlaku, namun langkah untuk tidak membenarkan penduduk keluar bekerja, bersenam dan membeli-belah, tetap perlu diteruskan.

“Varian Delta ini merbahaya, senang menular,” kata Gladys Berejiklian yang merupakan ketua New South Wales.

“Kita tak mahu terus laksanakan lockdown, kemudian longgar, dan kemudian lockdown lagi,” tambahnya.

Beliau berkata, lanjutan sekatan pergerakan, merangkumi penutupan sekolah ialah peluang terbaik bagi memastikan ia dilaksana hingga sebahagian besar rakyat divaksinasi.

Sekatan pergerakan penuh itu dijadualkan tamat pada 16 Julai ini.

Pendekatan “sifar Covid-19” di Australia menyaksikan siri sekatan pergerakan tergempar di beberapa bandar di seluruh negara, selain sempadan antarabangsa ditutup sejak 15 bulan lalu.

Sejak penularan pandemik itu, Australia mengesan lebih 30,000 kes Covid-19 dan melaporkan 910 kematian.

Penularan di Sydney setakat ini menyaksikan 357 kes, dan strategi tegas ini dikuatkuasakan demi membendung angka-angka baru Covid-19.