- Iklan -
Berita

Sebanyak 8% populasi Malaysia lengkapkan suntikan vaksin

CITF menyasarkan, 10% daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Gambar: Bernama
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Gambar: Bernama

Sebanyak 2,618,316 orang atau 8.0% daripada populasi telah menerima suntikan dos kedua vaksin, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menyasarkan, 10% daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini, di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi hantaran di Twitter Dr Adham memaklumkan, jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin setakat semalam adalah sebanyak 9,006,715 dos, dengan 2,618,316 adalah dos kedua.

“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos diberikan semalam, melibatkan pemberian 127,385 dos pertama dan 78,630 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitternya hari ini.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090), Sabah (233,409) dan Kedah (193,575).