Fasa pertama PPN dikekalkan sehingga 3 indikator nilai ambang utama dicapai
Ismail berkata peralihan fasa pertama ke fasa kedua akan mengambil kira ketiga-tiga indikator sebelum ia diputuskan.
Terkini
Fasa pertama perintah kawalan pergerakan (PKP) di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikekalkan sehingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata indikator itu ialah purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10%.
Ismail Sabri berkata peralihan fasa pertama ke fasa kedua akan mengambil kira ketiga-tiga indikator sebelum ia diputuskan.
“Berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh kementerian kesihatan (KKM), kerajaan akan mengekalkan lagi tempoh fasa pertama di seluruh negara.
“Ia mengambil kira situasi semasa ketika ini yang masih belum berjaya untuk beralih dari fasa pertama ke fasa kedua apabila graf jumlah kes positif baharu harian menunjukkan trend mendatar,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.