- Iklan -
Berita

204,839 dos semalam, vaksinasi terus lepasi sasaran harian

Jumlah keseluruhan pemberian dos lengkap dalam negara serakat ini cecah 5,108,948.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kadar vaksinasi Malaysia mengungguli negara-negara Asean setakat ini. Vaksinasi terus meningkat dalam negara susulan pemerolehan vaksin  dalam negara meningkat bermula bulan Jun. Gambar: Bernama
Kadar vaksinasi Malaysia mengungguli negara-negara Asean setakat ini. Vaksinasi terus meningkat dalam negara susulan pemerolehan vaksin dalam negara meningkat bermula bulan Jun. Gambar: Bernama

Jumlah vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan trend positif apabila terus melepasi sasaran 200,000 dos sehari, dengan 204,839 lagi dos diberikan semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata daripada jumlah pemberian vaksin semalam, seramai 196,775 individu menerima dos pertama manakala 8,064 individu menerima dos kedua.

Berdasarkan perkembangan ini, seramai 1,476,753 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dan seramai 3,632,195 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,108,948.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 188,497 diikuti Sarawak (169,172); Johor (143,268); Perak (139,623) dan Kuala Lumpur (132,417).

Pada Selasa negara buat pertama kali merekodkan 215,876 dos vaksinasi harian, sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 14,637,437 pendaftaran direkodkan setakat semalam.