- Iklan -
Berita

Penjaja kecil dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 3.0

Penjaja kecil juga perlu mendapatkan kebenaran polis sekiranya lokasi perniagaan mereka melibatkan pergerakan merentas daerah.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Peniaga kecil, Nazrin Idham Razali, 31, membungkus nasi lemak yang dipesan dari aplikasi Grabfood di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.
Peniaga kecil, Nazrin Idham Razali, 31, membungkus nasi lemak yang dipesan dari aplikasi Grabfood di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Kerajaan mengumumkan penjaja kecil dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sekatan penuh pergerakan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan syarat mendapat permit penjaja yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam satu kenyataan, kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) berkata penjaja kecil tidak perlu mendapatkan kelulusan melalu CIMS yang dikeluarkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti).

Penjaja kecil juga perlu mendapatkan kebenaran polis sekiranya lokasi perniagaan mereka melibatkan pergerakan merentas daerah, dengan mengemukakan bukti permit penjaja oleh PBT berkenaan.

KPKT turut memutuskan syarat tersebut melibatkan penjaja kecil sahaja dan tidak melibatkan penjaja pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu.

“Keputusan ini berkuatkuasa serta merta dan terpakai sepanjang tempoh PKP 3.0.

“Semua penjaja kecil yang telah diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kementerian kesihatan Malaysia (KKM),” menurut kenyataan itu.

30 Mei lalu, Putrajaya menetapkan pengecualian kepada sekurang-kurangnya 17 sektor utama perkhidmatan untuk meneruskan operasi sepanjang sekatan pergerakan penuh (SPP) atau “total lockdown” yang bermula hari ini.

Pada Isnin, satu hari selepas pengumuman tersebut, kementerian kewangan turut megumumkan penambahan satu lagi sektor iaitu elektrik dan elektronik untuk terus beroperasi kerana melibatkan perdagangan dan pembuatan alatan perkhidmatan kesihatan yang merupakan industri kritikal sepanjang pandemik.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.