- Iklan -
Berita

Angka jangkitan, kematian catat rekod tertinggi

7,478 kes baru dengan Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 2,455.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota tentera yang ditugaskan membuat kawalan di PPR Kampung Limau apabila kawasan itu dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), 59 penduduk dikawasan ini disahkan positif Covid19 selepas menjalani ujian saringan di Pantai Dalam.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,478 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 533,367.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,455 disusuli Kuala Lumpur (760), Sarawak (640) Johor (587) dan Kelantan (547).

Sementara itu, hanya Perlis (8) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Kes aktif mencatatkan 66,208 dengan 756 di unit rawatan rapi (ICU).

Sejumlah 4,665 pesakit dibenarkan pulang hari ini menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 464,727.

Bagaimanapun, 63 kematian direkodkan hari ini menjadikan angka keseluruhan kematian seramai 2,432 orang.