Kita perlu sedia hadapi keadaan terburuk, kata KP kesihatan
Noor Hisham menasihatkan orang ramai agar duduk di rumah dan terus mematuhi SOP sekiranya berlaku kecemasan atau hadir ke tempat kerja.
Terkini
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai agar bersedia untuk menghadapi gelombang Covid-19 terburuk, berikutan trend terkini peningkatan graf jangkitan Covid-19 di negara ini.
“Peningkatan kes bermula sejak 1 April dan boleh mencetuskan lonjakan menegak. Kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan terburuk. Tolong bantu kami untuk duduk di rumah. Jika kita bekerjasama, kita boleh memutuskan rantai jangkitan,” katanya menerusi akaun Twitter rasmi hari ini.
Noor Hisham menasihatkan orang ramai agar duduk di rumah dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya berlaku kecemasan atau hadir ke tempat kerja.
Semalam, Malaysia merekodkan 6,509 kes harian baru Covid-19 dengan jumlah kematian tertinggi iaitu 61 kes dalam tempoh 24 jam.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
