Berita
Penumpang cedera, tren LRT laluan Kelana Jaya terlibat insiden
Video serta gambar kejadian memaparkan keadaan tren dengan cermin pecah dan beberapa penumpang cedera dengan kepala berdarah, dikongsi di media sosial.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Beberapa penumpang cedera dalam satu insiden melibatkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya, malam ini.
Beberapa video serta gambar mengenai kejadian yang memaparkan keadaan tren dengan cermin pecah dan beberapa penumpang cedera dengan kepala berdarah, dikongsi di beberapa platform media sosial.
Turut dikongsi netizen perkembangan semasa suasana dipercayai di Stesen LRT KLCC, dengan pasukan polis dan medik dilihat membantu penumpang-penumpang yang tercedera.
Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan malam ini mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan trennya bernombor 40 dan 81 terlibat dalam satu insiden dan pasukannya sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat.
“Sila bertenang dan patuhi segala arahan. Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah yang kini berada di Stesen LRT KLCC mengesahkan kejadian.
Perkembangan mengenai insiden berkenaan akan dimaklum dari masa ke semasa.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi