- Iklan -
Berita

Sarawak benarkan AstraZeneca secara sukarela

Pasukan petugas imunisasi negeri itu berkata tinjauan baru-baru ini menunjukkan kebanyakan rakyat Sarawak mahu diberikan pilihan memilih vaksin AstraZeneca.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai perubatan menunjukkan botol vaksin AstraZeneca ketika vaksinasi vaksin itu di World Trade Center (WTC) di Kuala Lumpur.
Pegawai perubatan menunjukkan botol vaksin AstraZeneca ketika vaksinasi vaksin itu di World Trade Center (WTC) di Kuala Lumpur.

Sarawak bersetuju untuk memasukkan suntikan AstraZeneca dalam program imunisasi di negeri itu, dengan suntikan diberikan secara sukarela, “siapa cepat, dia dapat” seperti di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) Sarawak berkata, pusat pemvaksinan khas akan diwujudkan untuk tujuan ini.

Dalam satu kenyataan ia berkata, kerajaan Sarawak yang sebelum ini menolak vaksin jenis itu kerana tidak mahu program vaksinasi di negeri itu terjejas disebabkan kebimbangan orang ramai dengan jenama AstraZeneca.

Bagaimanapun, ia berkata akhbar tempatan melakukan tinjauan secara dalam talian di negeri itu pada 4 Mac yang menyaksikan 69.4% daripada 1,037 responden bersetuju rakyat Sarawak diberikan pilihan untuk menerima vaksin jenis AstraZeneca.

Sementara lebih 52% daripada 1,040 responden mengatakan mereka mahu diberikan suntikan AstraZeneca.

“Disebabkan maklumat baru ini dan keinginan rakyat Sarawak untuk mempunyai pilihan vaksin AstraZeneca, CITF Sarawak bersetuju membenarkan vaksin itu digunakan di Sarawak secara sukarela, ‘siapa cepat, dia dapat’ secara temujanji,” kata kenyataan itu.

Vaksin AstraZeneca yang pada ketika ini diberikan secara sukarela di Selangor dan Kuala Lumpur dengan pendaftaran untuk fasa kedua dibuka untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dibuka minggu depan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Khairy Jamaluddin, 8,000 orang membatalkan temujanji vaksinasi di bawah MySejahtera selepas pengumuman awal kerajaan AstraZeneca akan dimasukkan dalam program imunisasi kebangsaan.

Katanya majoriti daripada mereka mendaftar semula selepas AstraZeneca dikeluarkan daripada program imunisasi kebangsaan dan dijadikan sebagai pilihan.

CITF Sarawak berkata, sebelum ini mereka membenarkan vaksin AstraZeneca tetapi mengubah keputusan “berdasarkan kadar penolakan pendaftaran vaksin”.

Selepas pemberian AstraZeneca di Selangor dan Kuala Lumnpur mereka berkata vaksin itu akan diberikan di Sarawak secara sukerela.