- Iklan -
Berita

Malaysia catat 3,733 kes baru Covid-19

Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 1,278.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa negeri dan daerah yang diletakkan di bawah status PKP perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi SOP ketika musim perayaan ketika ini. Gambar: Bernama
Beberapa negeri dan daerah yang diletakkan di bawah status PKP perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi SOP ketika musim perayaan ketika ini. Gambar: Bernama

3,733 kes baru dicatat hari ini, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 440,677 kes.

Selangor masih mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,278 disusuli Sarawak (454), Johor (365), dan Kuala Lumpur (338).

Hanya Labuan (6) dan Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,211 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 401,934.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 37,060.

Dalam pada itu, 416 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 216 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 26 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,683.