- Iklan -
Berita

3,744 kes baru dicatat, Selangor kekal dahului negeri lain

Kelantan catat kes harian kedua tertinggi sebanyak 480.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa penduduk Kuala Lumpur yang telah mendaftar secara sukarela menunggu waktu untuk mengambil suntikan vaksin AstraZeneca pada hari pertama ia dibuka di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Beberapa penduduk Kuala Lumpur yang telah mendaftar secara sukarela menunggu waktu untuk mengambil suntikan vaksin AstraZeneca pada hari pertama ia dibuka di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Malaysia mencatat 3,744 kes baru hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 424,376 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,548 disusuli Kelantan (480), Sarawak (419), Kuala Lumpur (313), dan Johor (292).

Hanya Labuan (5) dan Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 2,304 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 389,846.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 32,939.

Dalam pada itu, 328 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 185
orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 17 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,591.