Kelantan bakal kena PKP tidak benar, kata polis
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan atau menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya.
Justeru, beliau meminta orang ramai merujuk kepada laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan bagi mendapatkan maklumat terkini keadaan dan arahan semasa dalam membendung penularan Covid-19 di negeri ini.
Dalam kenyataan hari ini, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan atau menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan tular satu rakaman audio seorang lelaki berdurasi 3 minit 18 saat menerusi aplikasi WhatApps yang mengatakan PKP akan dilaksanakan di Kelantan bermula 14 hingga 21 April ini.
Kelmarin, kerajaan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB) di Kelantan, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula 15 sehingga 28 April ini.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.