- Iklan -
Berita

Perbezaan pendapat tidak cerminkan Umno Perlis, kata MB

Perbezaan pandangan yang wujud dalam pimpinan Umno Perlis berhubung Bersatu adalah pendirian individu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perwakilan-perwakilan berdiri menyanyikan lagu patriotik pada sesi permulaan Persidangan Umno 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Perwakilan-perwakilan berdiri menyanyikan lagu patriotik pada sesi permulaan Persidangan Umno 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menteri Besar Perlis Azlan Man menyifatkan perbezaan pandangan yang wujud dalam kalangan pemimpin Umno di negeri itu berhubung kerjasama parti berkenaan dengan Bersatu adalah pendirian individu.

Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Kangar berkata perbezaan itu tidak mencerminkan pendirian keseluruhan Umno Perlis.

“Namun sebagai ahli parti perlulah menghormati apa yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan hari RTM ke-75 di Kompleks Jabatan Penyiaran Malaysia Perlis hari ini.

Pada Ahad lalu, Perhimpunan Agung Umno 2020 meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Shahidan Kassim secara terbuka menyatakan pendirian akan terus bekerjasama dengan PAS dan Bersatu, berbeza dengan Umno Kangar yang menyokong penuh keputusan pucuk pimpinan parti.

Sementara itu, ditanya mengenai desas-desus beliau akan dilantik menggantikan Shahidan sebagai Pengerusi Umno Perlis, Azlan berkata: “Saya tidak tahu, ini bukan keputusan saya dan itu adalah pertimbangan pihak yang berkuasa dalam kepimpinan parti.”

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.