Malaysia catat 1,680 kes baru Covid-19 hari ini
Kes baru masih menunjukkan trend penurunan dengan catatan angka di bawah 2,000 kes.
Terkini
Sebanyak 1,680 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 311,777.
Selain itu, sebanyak 2,548 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 289,452 kes.
Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 826 kes diikuti Sarawak (221), Johor (139).
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 21,159.
Daripada jumlah itu 172 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 84 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatatkan 7 lagi kematian hari ini, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,166 orang.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.