Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama
Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.
Terkini
Ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri bagi menghantar anak-anak ke sekolah tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata sebaliknya, mereka hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.
“Sebagai contoh jika ke asrama, pihak guru boleh mengeluarkan surat kebenaran untuk rentas daerah atau negeri,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.
Ismail Sabri berkata perkara itu telah dibincangkan bersama pegawai tertinggi polis dan ia juga telah dimaklumkan kepada pihak polis seluruh negara.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
