Negeri Sembilan, Sarawak catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 harian tertinggi
kadar kebolehjangkitan seluruh negara pula ialah 0.91.
Terkini
Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 harian tertinggi negara, iaitu masing-masing pada 1.06 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93.
Negeri-negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90 iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51.
Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.91, katanya.
Dilapor semalam, sebanyak 2,998 kes baharu Covid-19 dan 22 kematian direkodkan dalam negara.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.