Melaka catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi, kata Noor Hisham
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0.92 setakat semalam.
Terkini
Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0.92 setakat semalam dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.07.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01).
Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65).
Semalam, kes baru positif pandemik Covid-19 merekodkan empat angka dengan 3,499 kes selain lima kematian dilaporkan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
