- Iklan -
Berita

Kerajaan tetapkan had harga runcit RON95 pada RM2.05, diesel RM2.15

Harga siling bagi kedua-dua produk itu lebih rendah berbanding had harga yang dilaksanakan kerajaan terdahulu pada 2019.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Harga bahan api RON95 dan diesel kini ditetapkan harga siling pada RM2.05 dan RM2.15.
Harga bahan api RON95 dan diesel kini ditetapkan harga siling pada RM2.05 dan RM2.15.

Kerajaan bersetuju untuk menetapkan had harga siling bagi petrol RON95 dan diesel, masing-masing pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu dibuat bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara apabila harga sebenar minyak di pasaran global meningkat.

Beliau berkata paras harga siling bagi kedua-dua produk itu lebih rendah berbanding had harga yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu pada 2019 iaitu RM2.08 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel.

“Kerajaan akan menampung perbezaan harga pasaran sebenar dengan harga runcit yang ditetapkan secara mingguan melalui peruntukan subsidi.

Zafrul berkata trend harga minyak global itu turut dipengaruhi oleh pelan vaksinasi Covid-19 yang mula dilancarkan secara beransur di seluruh dunia di mana Malaysia juga akan melancarkan Program Imunisasi Kebangsaannya bermula hujung bulan ini.

“Keputusan ini diambil berdasarkan trend harga pasaran sebenar produk petroleum yang semakin meningkat susulan peningkatan permintaan minyak mentah dunia yang turut dipengaruhi oleh pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia,” katanya.

Zafrul berkata trend harga minyak global itu turut dipengaruhi oleh pelan vaksinasi Covid-19 yang mula dilancarkan secara beransur di seluruh dunia di mana Malaysia juga akan melancarkan Program Imunisasi Kebangsaannya bermula hujung bulan ini.

Katanya kerajaan tetap komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan akan memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.

“Langkah yang bersesuaian akan diambil bagi mengimbangi tanggungan subsidi kerajaan dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.