- Iklan -
Berita

Penduduk bimbang penularan Covid-19 selepas banjir di Sarawak kian parah

Usaha menyelamat terjejas disebabkan kekurangan bot termasuk cabaran untuk mematuhi SOP.

Our Sarawak Correspondent
2 minit bacaan
Kongsi
Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak melipat semula khemah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Taman Malihah setelah pusat itu dinaiki air pagi kelmarin. Gambar: Bernama
Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak melipat semula khemah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Taman Malihah setelah pusat itu dinaiki air pagi kelmarin. Gambar: Bernama

Walaupun Sarawak tidak berdepan dengan perintah berkurung Covid-19 yang ketat seperti sedang dilaksanakan di sebahagian besar negara selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan semula minggu ini, ribuan rakyat di bandar-bandar utama negeri itu mengalami banjir terburuk.

Walaupun negeri itu dilaksanakan PKP yang lebih longgar atau PKPP, risiko Covid-19 menyukarkan mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Julia Sulong tinggal bersama suaminya Zainal Abdullah yang lumpuh dari pinggang ke bawah, merupakan antara ratusan mangsa yang ditempatkan di dewan serbaguna di Kampung Sinar Budi, tempat paling terjejas teruk di Kuching, 5km dari pusat bandar.

Hujan lebat pada Rabu menyebabkan rumah mereka ditenggelami air menjelang tengah malam.

Julia mengimbas kembali bagaimana dia panik apabila bantuan tidak sampai daripada pasukan penyelamat untuk menyelamatkan suaminya yang lumpuh.

Tetapi terdapat sekurang-kurangnya tiga orang mangsa banjir yang dikuarantinkan kerana mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa diletakkan di bilik yang berasingan.

Penduduk kampung yang ditemui MalaysiaNow berkata, satu lagi contoh ialah mangsa terpaksa dipindahkan menggunakan pintu peti ais lama sementara satu lagi kes, tong sampah digunakan untuk mengeluarkan kanak-kanak dari rumah mereka.

Hanina berkata sebahagian mangsa terpaksa menunggu sehingga 4.30 pagi untuk pasukan penyelamat sampai.

Katanya, menyukarkan lagi keadaan ialah kapasiti pusat pemindahan sementara tidak mencukupi untuk menampung mangsa.

Zainal Abdullah

63 keluarga ditempatkan di dewan serbaguna Kampung Sungai Budi, dengan 40 khemah dinaikkan untuk menampung 268 mangsa banjir.

Tetapi terdapat sekurang-kurangnya tiga orang mangsa banjir yang dikuarantinkan kerana mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa diletakkan di bilik yang berasingan.

“Pegawai daripada jabatan kesihatan datang semalam dan mengingatkan kami untuk mengamalkan penjarakan fizikal.

“Bagaimana kami mahu lakukan itu jika dikumpulkan bersama di pentas (dalam dewan)?” soalnya.

Hanina berkata usaha menyelamatkan memerlukan kerjasama daripada beberapa agensi dan menambah dia memahami cabaran dihadapi pihak berkuasa.

Jawatankuasa Bencana Negeri berkata sehingga pukul 8 pagi ini seramai 4,247 mangsa banjir ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara berbanding 3,518 pada pukul 8 malam tadi.