Seludup daging beku, 2 pegawai Maqis ditahan SPRM
Kedua suspek masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan di pejabat SPRM Johor, kira-kira 11 malam tadi.
Terkini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah berhubung aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.
Menurut sumber, kedua suspek masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan di pejabat SPRM Johor, kira-kira 11 malam tadi.
Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
Beliau memaklumkan kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini untuk permohonan reman.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.