- Iklan -
Berita

13-0 selepas Kementerian Pengangkutan lulus undi belah bahagi

Kementerian Pengangkutan lulus dengan 109 setuju, 94 tidak bersetuju dan 17 tidak hadir dalam undi belah bahagi.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Dewan Rakyat luluskan RUU Perbekalan bagi Kementerian Pengangkutan melalui undi belah bahagi.
Dewan Rakyat luluskan RUU Perbekalan bagi Kementerian Pengangkutan melalui undi belah bahagi.

RM6.05 bilion diperuntukkan Kementerian Pengangkutan peringkat jawatankuasa dalam Belanjawan 2021 lulus dengan 109 setuju, 94 tidak bersetuju dan 17 tidak hadir dalam undi belah bahagi, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Ini menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mendahului dalam pembentangan semua 13 kementerian di peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021 meskipun sebelum ini dikhabarkan pembangkang Pakatan Harapan (PH) akan menguji semua kementerian dalam usaha untuk menggagalkannya.

Terdahulu sembilan ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan kementerian itu dan tiga ahli Parlimen yang mencelah dan kemudiannya digulung Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Awal hari ini, Kementerian Kerja Raya lulus dengan undian suara meskipun isu projek Lebuhraya Pan Borneo hangat dibahaskan.

Sehingga kini 5 kementerian berdepan undi belah bahagi.