- Iklan -
Berita

2-0: PN menang lagi undi belah bahagi hari ini

Blok kerajaan 107 undi, manakala 95 tidak setuju dan 18 ahli Parlimen pula tidak hadir.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM)  dan Kementerian Kewangan menerusi undi belah bahagi.  Gambar: Bernama
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan menerusi undi belah bahagi. Gambar: Bernama

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi memenangi undi belah bahagi dalam Belanjawan 2021 bagi jawatankuasa Kementerian Kewangan.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengumumkan undi belah bahagi memihak kepada blok kerajaan dengan 107 undi, manakala 95 tidak bersetuju dan 18 ahli Parlimen pula tidak hadir.

Terdahulu Azhar mengeluarkan petua yang menyatakan “Apabila sudah bunyi loceng dua minit undian dijalankan tidak lagi dibenarkan masuk.

Awal hari ini kerajaan PN melepasi undian belah bahagi sebaik sahaja Jabatan Perdana Menteri selesai menggulung Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa hari ini.