- Iklan -
Berita

Shafie pertahankan keputusan bubar DUN, ‘rela mati dalam gelanggang politik’

Nafi kes Covid-19 meningkat disebabkan PRN Sabah.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal. Gambar: Bernama
Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal. Gambar: Bernama

Mohd Shafie Apdal hari ini mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas kerajaan Warisan pimpinannya diganggu-gugat pihak tertentu.

Bekas ketua menteri Sabah itu menegaskan biar rakyat yang tentukan siapa yang berhak menjadi kerajaan dan bukannya serah begitu sahaja.

Shafie berkata, beliau tidak akan tunduk kepada pihak yang mengamalkan konsep “cash is king” dan mempunyai keupayaan untuk membeli wakil rakyat.

“Saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan,” kata ahli Parlimen Semporna itu ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad Alamin (BN-Kimanis) yang memohon mencelah bertanya apakah Shafie kesal kerana mencadangkan pembubaran DUN bagi mengadakan PRN Sabah sehingga menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Shafie berkata, beliau tidak akan tunduk kepada pihak yang mengamalkan konsep “cash is king” dan mempunyai keupayaan untuk membeli wakil rakyat.

Katanya, PRN Sabah tidak akan berlaku jika kerajaan Warisan pimpinannya tidak diganggu “pihak tertentu”.

Dalam PRN Sabah baru-baru ini, Warisan tumbang kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menaungi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh majoriti mudah 38 kerusi pada PRN Sabah ke-16.

Warisan Plus terdiri daripada Warisan, Upko, PKR, DAP dan Amanah.