- Iklan -
Berita

Hina Agong, Adun Sungai Pelek ditahan polis

Liu dilaporkan memuat naik status Facebook yang dibaca: “Now in Bangkok. They Are Saying No to the King”.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew

Polis menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew bagi diambil keterangan berhubung kes menghina Yang di Pertuan Agong menerusi media sosial.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata Adun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi tadi.

“Ronnie Liu ditahan kira-kira 10.40 pagi tadi untuk memberi keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kes memuat naik status di media sosial dilakukannya berkait Yang di Pertuan Agong.

“Dia akan dibebaskan selepas keterangannya dirakam,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Bernama melaporkan Pengarah JSJ Bukit Aman uzir Mohamed sebagai berkata Liu merupakan antara empat individu yang disiasat berhubung penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menerusi media sosial.

Liu dilaporkan memuat naik status Facebook yang dibaca: “Now in Bangkok. They Are Saying No to the King”.

Polis masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.