- Iklan -
Berita

Graduan perlu bantuan, tunjuk ajar untuk berjaya jadi usahawan, kata pakar

Jaringan yang kukuh dan mentor yang bijak merupakan sama penting memberi modal dalam membantu usahawan muda.

Amanda Suriya
3 minit bacaan
Kongsi
Setiap perniagaan sama ada diwarisi atau tidak, graduan masih memerlukan sokongan orang lain untuk berjaya.
Setiap perniagaan sama ada diwarisi atau tidak, graduan masih memerlukan sokongan orang lain untuk berjaya.

Pandemik Covid-19 dilihat memberi kesan kepada ketidaktentuan pasaran kerja sehingga menyebabkan kehilangan pekerjaan dalam tempoh masa tujuh bulan bagi beberapa sektor termasuk peruncitan, penerbangan dan perhotelan yang memaksa perniagaan mengecilkan operasi ataupun gulung tikar.

Tahun ini sahaja, lebih tiga per empat daripada sejuta tenaga kerja bertukar menjadi penganggur.

Ditambah pula, lebih lima juta graduan 2019 masuk ke alam pekerjaan dalam pasaran tenaga kerja yang dianggarkan 21 juta pekerja, persaingan gaji kini semakin tepu.

Melihat kepada senario itu, adalah tidak menghairankan jika para graduan cenderung meneroka bidang keusahawanan sebagai sumber pendapatan, sama ada demi meneruskan kelangsungan hidup atau cita-cita peribadi, atau menambah pengalaman kerja yang diperlukan majikan.

Malah sebelum pandemik bermula, Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2017  meramalkan pada tahun 2020, 15% daripada para graduan akan berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Kementerian Pembangunan Usahawan, yang menyediakan latihan keusahawanan di bawah program Protege untuk graduan turut melaporkan pada tahun 2019 lebih 200,000 menyertainya, satu program khas untuk menangani pengganguran golongan belia selepas tamat pengajian.

Bagaimanapun, bidang keusahawanan mempunyai kesulitannya sendiri disamping peluang dan pertumbuhan.

Walaupun terdapat geran daripada kementerian ataupun agensi seperti Cradle sebagai talian hayat bagi graduan yang tidak mempunyai sokongan kewangan daripada ahli keluarga, terdapat cara lain boleh menentukan sama ada keusahawanan lepasan ijazah akan berhasil atau tidak.

Lilyana Latiff, ketua pegawai eksekutif di Yayasan Beta, berterus terang mengenai apa yang perlu dilakukan dan perlu dipunyai untuk berjaya.

“Mempunyai jaringan yang baik adalah sangat penting, begitu juga rasa ingin tahu dan keyakinaan,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Dan walaupun kebanyakan individu pada awalnya bergelut sebelum berjaya, kesanggupan untuk bekerja dengan mentor mampu memberikan perbezaan.”

Pernah menjawat jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Yayasan Usahawan Baru (MyNEF), membolehkan beliau melihat beratus-ratus cadangan perniagaan daripada usahawan bercita-cita tinggi, Lilyana memberi nasihat yang tidak ada di sekolah perniagaan.

“Mungkin ada orang yang memiliki kemampuan semula jadi untuk menjadi usahawan daripada orang lain, tetapi memiliki sistem sokongan yang baik sama ada daripada ayah atau pakcik yang mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan sendiri, dapat membantu.”

Dengan mengambil contoh Anthony Tan, pengasas Grab.

Tan berasal daripada dinasti usahawan yang berdiri di atas kaki sendiri.

“Sekiranya anda berasal daripada generasi usahawan, sebagai seorang graduan anda mungkin akan lebih selesa meneroka bidang keusahawanan.

Tambahnya, “tetapi ada yang mungkin berasal dari kawasan luar bandar tidak mempunyai mentor keluarga, yang secara semula jadi mungkin tidak adil kepadanya, memiliki kelebihan atau kepintaran,” namun di sebalik kekurangan tersebut, boleh berjaya.

Satu kisah kejayaan yang jarang berlaku ialah Arif Tukiman dan Runcloud, yang kini merupakan sebuah syarikat global memberi perkhidmatan kepada pelanggan di Kanada dan Eropah. Ia bermula daripada idea antara Arif dan rakan lulusan bidang kejuteraan perisian dari UiTM.

“Dan walaupun kebanyakan individu pada awalnya bergelut sebelum berjaya, kesanggupan untuk bekerja dengan mentor mampu memberikan perbezaan.

Lilyana telah menjemput Arif untuk menghadiri ke majlis Anugerah Nordic Startup di Sweden tiga tahun lalu, yang melakukan kerja-kerja asas untuk Runcloud dan memiliki geran Cradle. Arif bertemu -usahawan usahawan muda sepertinya, baru keluar kolej, bergelut untuk melihat sama ada pasaran akan menerima idea mereka.

Pengalaman itu bukan sahaja memberikannya ramai kenalan, tetapi dengan pengetahuan yang mampu mengatasi keraguan diri dan kurang keyakinan.

Pengalaman itu juga memberikan dia kebolehlaksanaan di antara perisian sebagai satu perkhidmatan yang dapat memberi perkhidmatan kepada pelanggan global dan bukannya satu produk terbatas dengan keadaan geografi atau peraturan kastam.

Sepanjang tempoh itu juga, Arif dan rakan-rakanya telah dijemput ke TechCrunch, syarikat dalam talian yang memfokuskan kepada industri teknologi, dan selepas melalui proses temuduga yang panjang, mereka mendapat pengiktirafan sebagai perintis awal.

Hari ini, Runcloud menguruskan lebih daripada 200,000 pelayan internet untuk pelanggannya.

Kejayaan seperti itu mungkin jarang berlaku, tetapi ia tidak mustahil, kata Lilyana, berdasarkan program sokongan luas dan sumber tersedia untuk memberi aspirasi kepada usahawan Malaysia, sama ada mereka mahu menjual pakaian dalam media sosial atau mencari formula yang memanfaatkan teknologi, sama seperti kisah Dropee.

Dropee adalah satu-satunya syarikat Malaysia yang terhasil daripada program Y-Combinator yang membiayai modal permulaan yang berpotensi untuk berkembang.

“Satu faktor biasa usahawan muda yang berjaya selepas bergraduan ialah mereka yang tidak mengikut kebiasaan,” kata Lilyana.

“Mereka akan bertanya soalan yang sukar dan akan membuat anda merasa tidak selesa dengan rasa ingin tahu dan terlalu inginkan jawapan mereka,” tambahnya.

“Mereka mungkin mempunyai jawapan untuk semua soalan sukar itu,” kata Lilyana kepada MalaysiaNow, “tetapi mereka bertanya kerana ingin mengesahkannya. Sebagai seorang pelabur dan jurulatih, saya tidak akan kecewa jika mereka tidak mengikut cakap saya, kerana akhirnya saya mahu mereka membuat keputusan sendiri dan perniagaan mereka.”

Walaupun pengetahuan mengenai pasaran diperlukan, usahawan yang muda dan nekad dapat memanfaatkan ilmu daripada bimbingan mentor berpengalaman.