- Iklan -
Berita

PM mengadap Agong di Kuantan

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki pagar Istana kira-kira pukul 4.40 petang tadi,

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Prime Minister Muhyiddin Yassin. Photo: Bernama
Prime Minister Muhyiddin Yassin. Photo: Bernama

Perdana Menteri Muhyidddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz, Kuantan hari ini, bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kenderaan yang membawa beliau dilihat memasuki pagar Istana kira-kira pukul 4.40 petang tadi, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan Pahang.

Turut kelihatan memasuki Istana Abdulaziz ialah kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal 2.30 petang, selepas ura-ura perdana menteri akan menghadap Agong mula tersebar sejak tengah hari tadi.

Muhyiddin terdahulu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.