- Iklan -
Berita

Polis tidak halang orang awam keluar lepas 12 tengah malam

Tetapi orang awam masih perlu mematuhi SOP dan selepas selesai urusan, terus balik ke rumah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis membuat pemeriksaan rentas daerah pada sekatan jalan raya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam pada 14 Oktober hingga 27 Oktober di Cheras Indah, Kuala Lumpur.

Polis tiada halangan membenarkan orang awam keluar selepas pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan sehingga 27 Oktober ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kebenaran itu hanya dibolehkan bagi individu yang mempunyai keperluan khusus dan kes kecemasan, demi mengelak penularan wabak Covid-19.

“Jika mahu keluar, amalkan penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka serta patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan serta pastikan selesai urusan, terus balik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di Asrama Tropicana yang merupakan kawasan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin lalu sehingga 25 Oktober ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kebenaran itu hanya dibolehkan bagi individu yang mempunyai keperluan khusus dan kes kecemasan, demi mengelak penularan wabak Covid-19.

Nik Ezanee berkata mengikut pemerhatian, kadar pematuhan PKPB membabitkan penduduk di Petaling Jaya berada pada tahap 99 peratus.

PKPD selama 14 hari di Tropicana dibuat atas saranan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan beberapa kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pekerja Tropicana Corporation Berhad.

Nik Ezanee berkata seramai 507 pekerja menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 240 adalah warga tempatan dan selebihnya warga asing.

Setakat ini, 26 penghuni di asrama tersebut didapati positif Covid-19, katanya.