Perutusan khas PM pukul 6 petang ini
Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19.
Terkini
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, petang ini.
Muhyiddin akan menyampaikan perutusan itu dari kediamannya dan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 petang.
Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.
Perdana menteri kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya.
Langkah itu diambil beliau selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Muhyiddin Sabtu lepas, disahkan positif Covid-19 semalam.
Zulkifli kini dirawat di sebuah hospital di Seremban.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
