Pengundian awal PRN Sabah bermula 8 pagi ini
Pengundi perlu mematuhi SOP bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
Terkini
Proses pengundian awal itu berlangsung sehingga 5 petang ini.
Pusat pengundian awal termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Teluk Sepanggar dan Kem Lok Kawi, di Kota Kinabalu.
Pengundi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencegah penularan Covid-19 seperti memakai pelitup muka, saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal dan menggunakan pensanitasi tangan.
Ejen calon dan pemerhati pilihan raya yang dilantik SPR dibenar menyaksikan proses pengundian awal itu, yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.