Berita
Bekas MB Terengganu, Wan Mokhtar meninggal dunia
Wan Mokhtar pernah berkhidmat sebagai menteri besar Terengganu selama 25 tahun.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Bekas menteri besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad, meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur, akibat komplikasi jantung.
Berita duka itu dimaklumkan oleh anaknya Wan Abdul Hakim melalui Facebook miliknya.
Wan Abdul Hakim turut memberitahu jenazah ayahnya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong, selepas solat zohor nanti dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam Selangor.
Allahyarham Wan Mokhtar, 88, yang berasal dari Kuala Terengganu, berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun dari 1974 hingga 1999.
Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianow
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -