- Iklan -
Berita

England tak benar perhimpunan sosial lebih 6 orang

Sebanyak 2,988 jangkitan baharu dilaporkan pada Ahad, peningkatan harian terbesar sejak Mei, seperti ditunjukkan oleh data kerajaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
The virus has also sparked deep economic recessions in many countries due to containment measures. Photo: Pexels
The virus has also sparked deep economic recessions in many countries due to containment measures. Photo: Pexels

Perdana Menteri Britain Boris Johnson akan mengumumkan larangan perhimpunan sosial melebihi enam orang di England bagi mencegah penularan Covis-19, lapor agensi berita Xinhua.

Langkah terbaru mengurangkan jumlah maksimum perhimpunan sosial daripada 30 kepada enam individu – sama ada di dalam mahupun di luar bangunan, termasuk kediaman peribadi, taman, pub dan restoran – yang dirancang bermula Isnin 14 Sept, menurut laporan media tempatan pada Rabu.

Larangan tersebut tidak terpakai di “sekolah, tempat kerja atau majlis perkahwinan yang mengamalkan langkah keselamatan Covid, pengebumian dan penganjuran sukan berkumpulan,” lapor British Broadcasting Corporation (BBC).

Sidang akhbar Downing Street pada Rabu “berlangsung dalam keadaan tergesa-gesa” berikutan lonjakan jumlah individu yang dijangkiti virus itu, menurut sebuah akhbar tempatan.

Sebanyak 2,988 jangkitan baharu dilaporkan pada Ahad, peningkatan harian terbesar sejak Mei, seperti ditunjukkan oleh data kerajaan.

Data terbaharu oleh Pusat Sains dan Kejuruteraan Sistem di Johns Hopkins University menunjukkan jumlah jangkitan di negara ini mencecah 354,900 dengan 41,675 kematian.