- Iklan -
Berita

Kerajaan setuju KP SPRM dilantik melalui undian Parlimen

Kerajaan bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini di buat melalui undian ahli Parlimen, kata Azam Baki. Ketua pesuruhjaya SPRM itu berkata, ia dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet mengenai rasuah baru-baru ini. Katanya pelantikan jawatan nombor satu dalam SPRM itu memerlukan dua pertiga undian daripada ahli Parlimen. “Sekiranya (untuk) […]

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pengarah SPRM Azam Baki. Gambar: Bernama
Ketua Pengarah SPRM Azam Baki. Gambar: Bernama

Kerajaan bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini di buat melalui undian ahli Parlimen, kata Azam Baki.

Ketua pesuruhjaya SPRM itu berkata, ia dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet mengenai rasuah baru-baru ini.

Katanya pelantikan jawatan nombor satu dalam SPRM itu memerlukan dua pertiga undian daripada ahli Parlimen.

“Sekiranya (untuk) ditamatkan perkhidmatan (Ketua Pesuruhjaya SPRM), ia juga  perlu melalui tribunal khas dan tidak boleh ditamatkan begitu sahaja oleh Yang di-Pertuan Agong atau atas nasihat perdana menteri.

“Mesyuarat yang dipengerusi oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu juga bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Perkhidmatan di bawah SPRM sendiri,” katanya dalam temu bual bersama radio Melakafm, hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Azam berkata pengambilan atau penamatan pegawai atau kakitangan bukan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebaliknya ia akan dilakukan pihak SPRM sendiri.

Beliau berkata kebebasan yang diberikan kepada SPRM untuk melantik dan juga menamatkan pegawai atau kakitangannya itu menunjukkan ketelusan kerajaan.