Selepas kematian anak dan insiden serangan, Ong Ing Keong meneruskan kehidupan
Ong Ing Keong, pemandu e-hailing pekak yang diserang seorang pengiring diraja, perlu tabah menghadapi dugaan demi isterinya.
Gambar oleh MalaysiaNow
Ong Ing Keong ialah seorang pemandu e-hailing pekak yang menjadi tumpuan selepas diserang beberapa bulan lalu.
Ong, yang telah bekerja sebagai pemandu e-hailing selama tujuh tahun, memulakan harinya seawal jam 6 pagi setiap hari.
Beliau mempunyai penarafan 4.94 bintang di Grab, yang menjadi bukti penumpangnya berpuas hati dengan tahap perkhidmatannya.
Ong bekerja kira-kira 12 jam setiap hari, dan hanya mengambil cuti sehari seminggu untuk meluangkan masa bersama keluarganya.
Sebagai pemandu pekak, cabaran utama ialah berkomunikasi dengan penumpangnya. Ong biasanya menggunakan bahasa isyarat atau menaip pada telefonnya.
Melainkan cabaran itu, Ong tidak berbeza dengan pemandu lain di jalan raya.
Tangkap layar serangan ke atas Ong pada Mei, apabila dia ditumbuk seorang pengiring kerabat diraja di hotel St Regis di Kuala Lumpur.
Ong mengadakan sidang media bersama peguam Zaid Malek dan Latheefa Koya di pejabat Lawyers for Liberty di Petaling Jaya beberapa hari selepas memfailkan laporan polis mengenai serangan itu.
Ong, bersama peguam Latheefa dan N Surendran di Bukit Aman pada 5 Jun untuk memberikan keterangannya.
Surat daripada peguam Ong bertarikh 29 Julai kepada Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mengenai status kes itu.
Peguam Surendran dan Zaid pada sidang akhbar 14 Ogos, ketika mendedahkan rakaman kamera dashcam serangan terhadap Ong.
Ong dengan aktivis di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada September lalu, untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai ketiadaan tindakan terhadap kes itu.
Zaid di Mahkamah Majistret selepas pegawai polis Taufik Ismail dikenakan denda RM1,000 atas kesalahan menyerang Ong.
Ong bersama sahabatnya Philip Pong berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat semasa mereka bertemu untuk bertanyakan perkembangan kes itu.
Ong dan rakan-rakannya berpandangan wajah pelaku sepatutnya didedahkan kepada umum.
Walau apa pun berlaku, Ong tetap meneruskan tugas setiap hari, dan apabila penat, berhenti rehat di tempat teduh.
Dia memeriksa pesanan-pesanan dalam telefonnya sementara menunggu penumpang seterusnya.
Dia merenung gambar lampau, sebelum anak tunggalnya terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada bulan Mei, tidak lama sebelum insiden serangan terhadapnya.
Gambar Ong sekeluarga bercuti di Singapura – salah satu kenangan terakhir yang masih diingatinya sebelum kematian anaknya.
Ada hari di mana Ong berat hati untuk keluar bekerja. Bagaimanapun, dia tetap meneruskan tugas kerana perlu menunjukkan keadaannya yang cekal untuk menjaga emosi isterinya.
Ong berhenti mengambil beberapa penumpang di Jalan Telawi, Bangsar, sebelum menuju ke lokasi berikutnya.