Perjuangan seorang Hindu demi Palestin
M Mythreyar seorang penganut Hindu tetapi amat terkesan dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin.
Gambar oleh MalaysiaNow
M Mythreyar mencuri tumpuan pada Julai apabila memulakan mogok lapar selama 200 jam untuk membantah penjualan saham Malaysia Airports kepada sebuah firma milik BlackRock.
Bagi Mythreyar, isu Palestin merupakan isu kemanusiaan, bukan agama.
Mythreyar dan wakil NGO menyertai protes membantah penyertaan syarikat terkait perang di Gaza dalam pameran pertahanan DSA dan Natsec dianjurkan kerajaan pada Mei 2024.
Replika mayat bayi disusun bersama sepanduk semasa demonstrasi di luar Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec).
Seorang lelaki mencuba senjata api dipamerkan di ruang pavilion Amerika Syarikat di pameran pertahanan DSA dan Natsec yang mengundang bantahan aktivis pro-Palestin Mei lalu.
Jurucakap syarikat senjata Leupold memberikan penerangan mengenai teknologi senjata apinya.
Mythreyar bersama peserta demonstrasi lain menuju Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum mengutuk bantuan ketenteraan kepada Israel.
Mythreyar ketika menyertai satu lagi perhimpunan solidariti Gaza di ibu kota pada Ogos.
Seorang aktivis menunjukkan mesej kepada kerajaan agar menamatkan penglibatan firma milik BlackRock dalam Malaysia Airports.
Mythreyar menggunakan pembesar suara di luar sebuah restoran McDonald's di Kuala Lumpur, disertai Tian Chua, jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin.
Mythreyar memegang sepanduk ketika bersiap sedia memulakan protes mogok lapar demi Palestin berhampiran bangunan Parlimen pada Julai 2024.
Mythreyar menerangkan usahanya kepada seorang pelancong Sri Lanka yang singgah di khemahnya di Dataran Merdeka ketika mengadakan protes mogok lapar.
Mythreyar terbaring keletihan pada hari keenam mogok laparnya di Dataran Merdeka.
Mythreyar menghadiri perhimpunan memperingati satu tahun pembunuhan beramai-ramai di Gaza bersama ribuan peserta lain.
Ribuan peserta berarak menuju Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sambil mengibarkan bendera Palestin dan memegang sepanduk solidariti.
Mythreyar bersama ibunya, Muniammah Sinnapiyan, yang sentiasa bimbang akan keselamatannya setiap kali keluar rumah.
Walaupun melibatkan diri dalam perjuangan Palestin yang dianggap dekat dengan hati umat Islam, setiap minggu Mythreyar menemani ibunya ke kuil menunaikan kewajipannya sebagai seorang Hindu.
Deepavali tahun ini menandakan kali kedua Mythreyar mengambil keputusan tidak merayakannya sebagai tanda simpati dengan penderitaan rakyat Palestin.
Walaupun dia sendiri tidak merayakan Deepavali, Mythreyar tetap membantu ibunya membuat persiapan menyambut perayaan cahaya itu.