- Iklan -
GE15-MNow-071122-2
Galeri

Sekitar kempen calon wanita merebut Ampang

Lima calon wanita bersaing dalam pertandingan sembilan penjuru bagi merebut kerusi Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Gambar oleh Djohan Shahrin & Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Calon Pejuang, Nurul Ashikin Mabahwi tiba dengan Perodua Bezza yang digunakan untuk aktiviti kempen pilihan raya umum dan bertemu dengan pengundi menjelang hari pengundian pada 19 November.

Di warung kopi, Ashikin berbual dengan semua lapisan masyarakat, ucapannya ramah sambil memujuk orang ramai mengundinya.

Sambil berjalan, beliau mengedarkan risalah mengandungi maklumat mengenai diri dan parti diwakilinya, menjelaskan manifesto untuk meraih undi pada pilihan raya kali ini.

Di sebuah acara kenduri makan, kelihatan peguam Sasha Lyna yang mewakili Perikatan Nasional turut sibuk bertemu dengan pengundi.

Beliau juga sibuk mengagihkan risalah kempen pilihan raya sambil berbual dengan pengundi.

Sasha turut melawat warga emas, meluangkan masa untuk mendengar rungutan atau cadangan daripada mereka.

Beliau turut mengedarkan risalah di pusat perniagaan di Ampang sebagai sebahagian daripada aktiviti kempennya.

Calon Barisan Nasional, Ivone Low Yi Wen turut tidak ketinggalan untuk turun berkempen, menyapa pelanggan di sebuah restoran di Taman Kosas.

Diiringi pasukan kecil, beliau memperkenalkan dirinya kepada seorang peniaga di kawasan itu.

Beliau tidak melepaskan peluang untuk berbual dengan semua pengundi yang ditemuinya ketika berkempen.

Penyandang kerusi Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memegang poster sambil memperkenalkan logo partinya, Parti Bangsa Malaysia, kepada seorang pengundi.

Seorang veteran politik, beliau tidak kaku bertemu penduduk baik dalam suasana rasmi atau ketika waktu seharian.

Berucap dalam sebuah ceramah di Ampang, Zuraida kelihatan yakin dapat mengekalkan kerusinya untuk penggal akan datang.

Dalam sebuah acara di Lembah Jaya Selatan, beliau berusaha menarik undi dan sokongan golongan muda.

Calon Pakatan Harapan Rodziah Ismail berucap di hadapan orang ramai di Padang MPAJ Pandan Indah.

Berdiri di atas pentas, beliau bercakap mengenai kenaikan harga rumah yang menyebabkan ramai golongan berpendapatan rendah tidak dapat memiliki kediaman sendiri.

Di Arisma, sebuah akademi untuk belia autistik, Rodziah berbual dengan dengan seorang remaja autistik ketika melawat ladang sayur hidroponik yang diusahakan pelajar.

Beliau mendengar penerangan dan cuba membungkus roti yang dihasilkan pelajar Arisma.