- Iklan -
MaulidurRasul05_Mnow_091022
Galeri

Nasi maulud sempena sambutan kelahiran Nabi

Setiap tahun, komuniti India Muslim yang berasal dari wilayah Malabar, Kerala, India berkumpul untuk menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Setiap tahun, Persatuan Malabari Muslim Jama'at Selangor dan Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan Surau Malabar Hidayatul Islam di Selayang untuk menganjurkan sambutan Maulidur Rasul.

Kanak-kanak turut membantu mencuci periuk sehari sebelum majlis sambutan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad itu, di mana ribuan hidangan akan diagihkan kepada peserta sambutan dan ahli kariah.

Setelah dicuci, daging yang sudah siap dipotong akan dimasak sepanjang malam sehingga pagi.

Sukarelawan meletakkan daging di dalam periuk besar yang dicuci kanak-kanak tadi.

Imam (empat dari kiri) memimpin doa berjemaah sebelum proses memasak bermula.

Sejak awal pagi sambutan Maulidur Rasul, komuniti Malabari sudah berkumpul untuk bersarapan bersama pengunjung lain di surau itu.

Di dapur, sukarelawan masih sibuk memasak nasi dalam periuk besar.

Sukarelawan memasukkan bahan masakan nasi maulud ke dalam periuk dengan berhati-hati.

Sebanyak 40 periuk digunakan bagi keseluruhan proses memasak 1,200kg beras.

Kira-kira 12,000 pek hidangan nasi briyani dibungkus dan diedarkan kepada pengunjung, dan penduduk sekitar serta komuniti Malabari di Lembah Klang.

Ada juga yang ditugaskan untuk membungkus 1,100kg rendang untuk dimakan bersama nasi.

Bekas berisi nasi maulud diberikan kepada ahli jawatankuasa yang kemudiannya mengagihkannya ke seluruh Lembah Klang.

Majlis utama sambutan Maulidur Rasul bermula, di mana imam menyampaikan ucapan di minbar surau.

Ia diikuti dengan ceramah mengenai Nabi Muhammad sempena ulang tahun kelahirannya.

Sebuah buku sejarah Nabi Muhammad, ditulis dalam khat Ponnani yang merupakan tulisan Arab-Malayalam, dibuat khusus untuk masyarakat Malabari di Kerala.

Sekumpulan pelajar Tahfiz turut dijemput untuk mengalunkan nasyid dan qasidah sebagai sebahagian daripada sambutan.

Peserta sambutan berdiri sambil membaca selawat, dan qasidah bahasa Arab bagi memuliakan Nabi Muhammad.

Kanak-kanak mengintai melalui celah-celah tirai pembahagi di surau sambil mendengar bacaan selawat.

Seorang remaja meletakkan minyak wangi di tangan hadirin selepas acara selawat tamat.

Seorang lagi kanak-kanak membawa dulang berisi manisan untuk diberikan kepada peserta sambutan di surau.

Seorang ahli jawatankuasa sambutan mengawasi proses pengagihan beribu-ribu bekas makanan.

Ahli komuniti Malabari menunggu giliran untuk mengambil makanan pada akhir acara sambutan.