- Iklan -
Galeri

Geng misai lentik

Lelaki daripada semua lapisan masyarakat berkumpul untuk meraikan kegemaran memelihara misai dan janggut.

Djohan Shahrin
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandu bas persiaran S Venkateswra Rao sentiasa gemar dengan penampilan misai lentik, namun dia tidak pernah terbayang wujud komuniti rakyat Malaysia berkongsi minat yang sama.

Setiap hari, dia melurutkan minyak bagi melentikkan misai sebelum keluar bekerja.

Pemandu peribadi Normashahbudin Noh pula mempunyai ada dua minat: misai lentik dan burung peliharaan.

Normashahbudin menyimpan misai ketika isterinya hamil anak ketiga, dan memutuskan untuk mengekalkan penampilan sedemikian sehingga selepas anaknya dilahirkan.

Lim Si Howe adalah salah seorang daripada sebilangan kecil lelaki Cina yang menyimpan misai lentik.

Dua minggu sekali, Lim akan ke kedai gunting rambut untuk merapikan penampilan wajahnya yang bermisai lentik.

Dia gemar berbual dengan mereka yang berkongsi kegemaran unik itu.

Ada juga lelaki yang gemar melentikkan misai dan janggut dengan bentuk yang lebih rumit.

Ada yang suka membiarkan misai dan janggut tumbuh panjang.

Setiap tahun, peminat misai lentik akan berkumpul dalam acara Persatuan Abang Misai Lentik bagi meraikan kegemaran mereka bersama.

AML11_Mnow_130922

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.