- Iklan -
LCS-MNow-130822-9
Galeri

Meninjau operasi Boustead Naval Shipyard

Tinjauan operasi Boustead Naval Shipyard di Lumut, Perak, syarikat itu mengundang kontroversi selepas projek pembinaan enam buah kapal tempur pesisir untuk tentera laut gagal disiapkan mengikut jadual.

Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Ibu pejabat Boustead Naval Shipyard (BNS), di pangkalan tentera laut di Lumut, Perak. BNS dianugerahkan kontrak RM9 bilion untuk enam kapal pada 2011 sebagai sebahagian daripada pelan pembaharuan tentera laut.

Komponen kapal tempur pesisir disimpan di dalam gudang. Kapal pertama dari enam buah kapal itu dijadual untuk diserahkan pada April 2019, sementara baki lima buah lagi kapal akan diserahkan setiap enam bulan seterusnya sehingga 2023.

Seorang pegawai BNS berkawal di antara peti yang mengandungi peralatan untuk LCS. BNS menolak dakwaan 15% daripada peralatan itu sudah lapuk.

Peti mengandungi senjata kaliber kecil untuk kelengkapan LCS juga disimpan di gudang, dengan tarikh penghantaran pada Oktober 2018.

Mesin penyejuk air untuk LCS, disimpan di bawah kanvas kalis air di gudang.

Pegawai menutup pintu pagar salah satu gudang di mana peralatan untuk pembinaan LCS disimpan.

Seorang pegawai keselamatan berdiri di sebelah salah satu bahagian untuk binaan LCS kedua (LCS2) di Lumut.

LCS pertama yang masih dalam pembinaan, terletak di dok Lumut. Berukuran 111m dengan nilai anjakan 3,100 tan, ia akan menjadi kapal tempur permukaan terbesar dan paling moden dalam tentera laut negara selepas siap - kemampuannya dijangka mengatasi KD Lekiu.

LCS1 telah siap 60% pada April tahun ini.

LCS1, dinamakan sebagai KD Maharaja Lela, ia merupakan salah satu daripada enam kapal tempur halimunan yang dibina untuk tentera laut.

Ruang hangar untuk LCS1 juga masih dalam pembinaan.

Bahagian dalam LCS1, di mana papan suis utama akan diletakkan.

Struktur asas kapal telah didirikan walaupun kapal tersebut masih belum siap sepenuhnya.

Pegawai BNS berkawal di dok yang menempatkan LCS1.

Model LCS yang dipamerkan di ibu pejabat BNS.