- Iklan -
AwangBadut16_Mnow_040722
Galeri

Kehidupan seorang badut bernama Awang

Mohd Fadly Abu Hasan meninggalkan karier di sebuah syarikat swasta selepas 10 tahun bekerja dan kini gembira membuat persembahan sebagai seorang badut.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Mohd Fadly Abu Hasan, berkostum lengkap dengan solekan sebagai Awang the Clown atau Awang Badut, menghiburkan kanak-kanak di sebuah majlis hari jadi.

Ketika pandemik melanda negara, kerjayanya sebagai seorang badut turut terjejas. Fadly mengambil keputusan menjalankan perniagaan menjual air tebu yang ditanamnya sendiri di Taman Putra Permai, Seri Kembangan.

Fadly bekerja keras bagi memastikan kebun tebunya sentiasa subur dan mengeluarkan hasil.

Fadly membuang lapisan luar kulit tebu sebelum proses memerah air jusnya menggunakan mesin.

Perniagaan air tebu diusahakan oleh Fadly ketika kemuncak pandemik Covid-19 selepas tiada peluang beraksi sebagai Awang Badut ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara.

Salah seorang pekerja membantu Fadly mengangkat tong berisi air tebu di bahagian belakang trak pikap, untuk dibawa ke gerainya.

Apabila tiba di lokasi perniagaan, mereka memasang kanopi biru di mana Fadly menjual air tebu dan kacang soya.

Jenama Awang Badut yang sinonim dengan perniagaan Fadly dikekalkan untuk gerai air minumannya.

Selepas semua persediaan selesai, Fadly akan kembali ke kedai di mana dia menyimpan peralatan persembahannya. Fadly turut memeriksa maskot kuda ungu dan membaiki bahagian yang rosak.

Fadly mula menyolek mukanya dengan lapisan cat tebal sebagai seorang badut.

Menggunakan cermin solek, Fadly memeriksa solekan mukanya supaya sempurna dan menarik bagi persembahannya nanti. Dia mengambil masa dari 40 minit hingga satu jam bagi menyelesaikan solekan dan berpakaian.

Tanpa hidung bulat ikoniknya, persona Awang Badut yang digunakan Fadly belum lagi terserlah.

Pemilihan kostum badutnya adalah bergantung dengan jenis persembahan yang bakal diberikan oleh Fadly.

Warna pakaian termasuk stoking yang sepadan sangat penting dalam persembahan Awang Badut bagi membangkitkan keceriaan dalam kalangan penonton.

Sepasang kasut besar berwarna merah menjadi sentuhan terakhir sebelum Awang Badut memulakan persembahannya.

Fadly berjalan di sepanjang deretan lot kedai dengan persona Awang Badut menarik senyuman orang yang melihat keletahnya.

Kanak-kanak ceria menyaksikan persembahan hebat Awang Badut. Mereka tertawa melihat persembahannya yang mencuit hati.

Awang Badut mengikat sekuntum bunga belon kuning di kepala seorang kanak-kanak untuk dipadankan dengan pakaiannya.

Selain di majlis-majlis tertutup, Fadly turut membuat persembahan di restoran dan pasar raya di mana dia berinteraksi dengan orang ramai dari meja ke meja bagi menceriakan suasana.

Orang ramai baik yang muda mahupun yang tua terhibur apabila diberikan belon pelbagai bentuk oleh Fadly si Awang Badut.

Awang Badut tersenyum puas selepas selesai membuat persembahan. Walaupun penat, Fadly berpuas hati dengan kehidupannya sebagai seorang badut, ia telah menerbitkan tawa, senyuman dan keceriaan kepada mereka yang menyaksikannya.