1,690 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,540,612 kes.
Sebanyak 2,108 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,478,936.
Ketika ini, 25,944 kes aktif direkodkan, dengan 24,906 atau 96% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.
Dalam pada itu, 15 (0.0%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,000 (3.9%) dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 23 kes dan 15 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.2%.