Saturday, July 2, 2022

Kes harian lepasi 2100 jangkitan, 1 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 8%.

Other News

2,130 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,536,795 kes.

Sebanyak 1,080 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,475,438.

Ketika ini, 25,626 kes aktif direkodkan, dengan 24,585 atau 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 13 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 993 (3.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 35 kes dan 19 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 8%.

Satu kes kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,730 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles