Monday, July 4, 2022

Kes harian turun ke paras 1,500, 1 lagi terkorban

22,395 kes aktif direkodkan, dengan 95.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

1,571 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,526,298 kes.

Sebanyak 1,887 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,468,191.

Ketika ini, 22,395 kes aktif direkodkan, dengan 21,325 atau 95.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 18 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 976 (4.4%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 25 kes dan 15 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.9%.

Satu kes kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,711 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles