Saturday, July 2, 2022

Kes harian kekal di paras 1,300, 2 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 57.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 4.9%.

Other News

1,330 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,516,319 kes.

Sebanyak 1,881 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,458,999.

Ketika ini, 21,630 kes aktif direkodkan, dengan 20,659 atau 95.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 25 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 924 (4.3%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 22 kes dan 11 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 57.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 4.9%.

Dua lagi korban termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,690 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles