- Iklan -
Berita

Hampir 34% kanak-kanak lengkap divaksinasi

Sementara itu, 93.7% populasi remaja telah lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang petugas kesihatan menjalankan vaksinasi kepada seorang kanak-kanak di SK Putrajaya Presint 11 (3). Gambar: Bernama
Seorang petugas kesihatan menjalankan vaksinasi kepada seorang kanak-kanak di SK Putrajaya Presint 11 (3). Gambar: Bernama

Seramai 1,202,212 atau 33.9% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,733,437 atau 48.9% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,353 atau 93.7% telah menerima dua dos vaksin, manakala 3,009,343 atau 96.8% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 16,106,736 atau 68.5% individu dewasa di negara ini menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,981,301 atau 97.7% lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,258,115 atau 98.9% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 1,904 dos harian diberikan semalam meliputi 176 dos pertama, 1,287 dos kedua dan 441 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,991,146.

Sementara itu, portal Github KKM melaporkan dua kematian akibat Covid-19 semalam dengan masing-masing satu kes di Kelantan dan Johor.