Thursday, June 30, 2022

Kes baru lepasi 1,800 jangkitan, 1 lagi terkorban

23,046 kes aktif direkodkan, dengan 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

1,844 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  4,512,040 kes.

Sebanyak 2,005 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,453,313.

Ketika ini, 23,046 kes aktif direkodkan, dengan 22,033 atau 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 25 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 961 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 27 kes dan 17 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.9%.

Satu lagi korban dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,681 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles